Message From The Patron Kata-Kata Aluan Our Organization

Kata-Kata Aluan

Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang Selangor (PPKKCKS) telah ditubuhkan pada tahun 1994 di atas usaha saya untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Kini, terdapat seramai 80 orang kanak-kanak cacat di bawah jagaan PPKKCKS. Kami berhasrat untuk memberi penjagaan, perlindungan dan kasih sayang kepda kanak-kanak cacat yang telah diabaikan sebagai usaha kami untuk mewujudkan suatu masyarakat yang penyayang di samping memperkembangkan kesedaran tanggungjawab social di kalangan masyarakat kita.

PPKKCKS kini mempunyai guru khas yang akan mengajar dan melatih kanak-kanak yang istimewa ini, skil-skil asas supaya mereka lebih berdikari kelak. 8 orang pengasuh juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga kehidupan seharian seperti memberi makan, mandi dan membersihkan kanak-kanak ini. PPKKCKS juga mempunyai seorang pakar fisioterapi untuk memberi rawatan fisioterapi dan perubatan kepada kanak-kanak ini.

PPKKCKS merupakan sebuah organisasi sukarela yang tidak berorientasikan keuntungan. Oleh yang demikian, PPKKCKS tidak mempunyai pendapatan tetap dan sokongan kewangan daripada kerajaan. Segala kos perbelanjaan adalah dibiayai oleh dermaan dan sumbangan daripada orang ramai dan wang yang dikutip daripada aktiviti social.

Selaras dengan peningkatan bilangan kanak-kanak cacat di PPKKCKS, kami sentiasa berhasrat untuk memiliki sebuah bangunan sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan fisioterapi serta perubatan supaya kanak-kanak kami PPKKCKS lebih selesa. Rumah banglo yang sedia ada memang tidak cukup besar untuk menempatkan bilangan kanak-kanak di PPKKCKS yang kian meningkat.

Kos perbelanjaan bulanan kami di PPKKCKS amat tinggi dan juga semakin meningkat. Oleh yang demikian, kami merayu kepda para dermawan sekalian supaya menghulurkan serba sedikit sumbangan kepada Tabung Kebajikan Persatuan kami supaya lebih ramai lagi kanak-kanak cacat boleh turut mendapat manfaat.

Sumbagan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga Tuhan sentiasa memberkati jasa baik dan budi kamu sekalian.

“Sila bantu kami supaya kami dapat membantu Mereka yang kurang berupaya”

Yang Benar,                                                                                       
N.Morgun (PJK)                                                                                                              
Pengerusi

 
  Home | About Us | Events | Services | Photo Gallery | How To Help | Contact Us